Blaster

Apa Itu Blaster?
Blaster ialah feature broadcast messaging ReplyLa. Nak hantar promo Raya kepada semua customer? Nak announce produk baru kepada 500 orang sekaligus? Blaster boleh buat tu.
Blaster hantar Template Message kepada senarai contact anda secara bulk melalui WhatsApp rasmi. Setiap blast ialah satu kempen -- anda boleh track progress, tengok siapa yang dah terima, dan siapa yang reply.
Dashboard Blaster
Bila anda buka Blaster, anda akan nampak dashboard dengan senarai semua kempen anda. Setiap kempen tunjuk:
- Nama Kempen -- Nama yang anda bagi masa create blast.
- Template -- Template mesej yang digunakan.
- Status -- Status semasa kempen (tengok jadual bawah).
- Progress -- Berapa mesej dah dihantar vs jumlah total.
- Tarikh -- Bila kempen tu di-create atau dihantar.
Status Kempen
Status | Maksud |
|---|---|
Draft | Kempen dah disimpan tapi belum dihantar lagi. |
Sending | Kempen tengah dihantar. Mesej sedang diproses satu per satu. |
Completed | Semua mesej dah berjaya dihantar. |
Partially Completed | Sebahagian mesej berjaya, sebahagian gagal (contoh: nombor tak valid). |
Failed | Kempen gagal sepenuhnya. Check balik Template dan senarai contact anda. |
Cancelled | Kempen dibatalkan sebelum siap dihantar. |
Soalan Lazim
Boleh ke saya hantar blast tanpa Template?
Tak boleh. WhatsApp memerlukan Template yang dah approved untuk semua outbound broadcast. Pergi ke Templates untuk create dan submit Template dulu.
Macam mana kalau customer reply lepas blast?
Reply diorang akan masuk ke Inbox macam biasa. Kalau anda ada chatbot yang active, AI akan auto-reply. Kalau tak, anda boleh reply manual dari Inbox.
Ada limit berapa ramai orang saya boleh blast sekali?
Bergantung pada plan anda dan Meta rate limit. Akaun baru boleh bermula dengan limit serendah 250 unique contact setiap 24 jam, dan limit ni akan naik bila quality rating anda baik.
Boleh ke saya schedule blast untuk masa depan?
Buat masa ni, blast dihantar terus lepas anda confirm. Feature penjadualan akan datang dalam kemas kini seterusnya.
Apa Seterusnya?
- Buat Blast Baru -- Step-by-step cara create kempen blast
- Urus Kempen -- Tengok result dan manage kempen anda
Updated on: 21/04/2026
Thank you!
