Articles on: Device Manager

Connect Device

Apa Ini?


Panduan ni akan tunjukkan cara nak tambah device WhatsApp baru ke dalam ReplyLa. Bila dah connected, anda boleh link-kan device ni kepada chatbot dan mula reply mesej pelanggan secara automatik.


Sebelum Anda Mula


  • Anda dah ada akaun ReplyLa.
  • Anda dah ada akaun WhatsApp Business atau nombor telefon yang nak digunakan.
  • Plan anda benarkan penambahan device (boleh check dekat Settings > Subscription).


Cara Nak Connect Device Baru


  1. Klik Device Manager dekat sidebar kiri.
  2. Klik Create Device (butang +).
  3. Masukkan Device Name -- letak nama yang senang anda nak cam (contohnya, "WhatsApp Utama", "Sales Line", "Support Number").
  4. Pilih Connection Type:


Option A: Business API (Paling Disyorkan)


Ni adalah API WhatsApp Business yang rasmi. Terbaik dan paling stabil untuk kebanyakan bisnes.


  1. Pilih Business API.
  2. Klik Create Device.
  3. Satu popup login Facebook akan keluar (Embedded Signup).
  4. Login guna akaun Facebook yang manage WhatsApp Business anda.
  5. Ikut je arahan dekat skrin untuk:
  • Pilih atau create Akaun WhatsApp Business
  • Sahkan nombor telefon anda
  • Lengkapkan setup
  1. Lepas dah sah, status device anda akan tunjuk Connected.


Option B: Meta Coexistence


Guna option ni kalau anda nak terus guna aplikasi WhatsApp dekat phone anda serentak dengan ReplyLa.


  1. Pilih Meta Coexistence.
  2. Klik Create Device.
  3. Ikut arahan untuk link-kan phone anda.
  4. Device anda akan bersambung dan tunjukkan status Connected.


Option C: Manual Configuration


Ini khas untuk pengguna advanced yang ada keperluan setup tersendiri.


  1. Pilih Manual Configuration.
  2. Klik Create Device.
  3. Masukkan credentials dan custom configuration anda.
  4. Klik Save.


Selepas Connect


Bila device anda dah tunjuk "Connected":


  1. Pergi ke General Settings untuk chatbot anda.
  2. Link-kan device ni kepada chatbot tersebut.
  3. Chatbot anda akan mula terima dan reply mesej dekat nombor WhatsApp ni.


Troubleshooting (Penyelesaian Masalah)


Masalah

Penyelesaian

Facebook Signup gagal

Pastikan anda login guna akaun Facebook yang betul. Cuba guna incognito/private window.

Pengesahan nombor phone tak berjaya

Check balik, entah-entah nombor tu dah daftar dengan provider WhatsApp Business lain.

Device tersangkut dekat status "Pending"

Tunggu kejap. Kalau lebih 10 minit masih sangkut, cuba create device baru.

Quality Rating tunjuk "Low"

Ini dari pihak WhatsApp. Pastikan mesej anda relevan dan tak spammy.


Tips


  • Business API memang pilihan paling reliable untuk automasi. Guna option ni kecuali kalau ada sebab tertentu anda perlukan yang lain.
  • Anda boleh upload gambar profile (avatar) untuk device anda supaya senang nak cam dekat senarai nanti.
  • Pastikan akaun Facebook Business anda tiada masalah -- API WhatsApp Business memang perlukan akaun yang clean.


Soalan Lazim


Perlu ke ada akaun Facebook?


Kalau untuk Business API, ya -- sebab ia guna proses setup dari Meta (Facebook). Kalau guna Manual Configuration, tak perlu.


Boleh ke saya guna nombor WhatsApp personal?


Sebaiknya guna nombor khas untuk bisnes. Kalau anda connect nombor personal, ia akan bertukar jadi akaun Business.


Macam mana kalau saya dah ada WhatsApp Business dekat nombor ni?


Pilih Meta Coexistence kalau nak guna dua-dua. Atau pindah sepenuhnya ke Business API untuk pengalaman ReplyLa yang paling best.


Apa Seterusnya?


Updated on: 21/04/2026

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!