Articles on: Getting Started

Test Your AI

Kenapa Perlu Test Dulu?


Sebelum anda tekan butang go live, test dulu chatbot anda. AI Playground bagi anda chat terus dengan bot anda dalam ReplyLa -- tanpa WhatsApp, tanpa customer sebenar, dengan tools yang boleh jimatkan masa anda semasa nak training Chatbot.


Ia berfungsi sama seperti conversation live supaya anda boleh tengok sendiri apa yang customer akan alami.


Sebelum Start


  • Dah siap set AI Behaviour dan Training Data (selesai Langkah 4).


Cara Masuk Playground


  1. Klik menu Chatbot kat sidebar sebelah kiri.
  2. Klik nama chatbot anda.
  3. Klik AI Playground dalam menu chatbot.
  4. Interface Playground chat akan terbuka.


Cara Enable Playground


Kalau Playground belum aktif, anda perlu turn on dulu:


  1. Pergi ke Chatbot > chatbot anda > General Settings.
  2. Toggle AI Playground kepada ON.
  3. Klik Save.
  4. Balik ke AI Playground -- dah boleh test!


Apa Yang Perlu Di-Test


Ikut Closing Flow anda dari awal sampai habis, macam customer sebenar buat:


Test

Apa Yang Nak Taip

Apa Yang Nak Check

Greeting

Send keyword trigger anda

Adakah greeting script keluar dengan betul?

Fact Finding

Reply dengan pilihan A, B, C, atau D

Adakah ia bergerak ke consultation yang betul?

Pengetahuan Produk

"Apa bahan-bahan dalam produk ni?"

Adakah dia jawab dari Training Data?

Harga

"Berapa harga Pakej Hot Selling?"

Adakah dia quote harga dan benefit yang betul?

Bantahan

"Mahal sangat la"

Adakah rejection handling berfungsi?

Order Form

Cakap anda nak order

Adakah dia collect nama, alamat, phone, pakej?

Bahasa

Tulis dalam English

Adakah dia reply dalam bahasa yang sesuai?

Tone

Send mesej yang frustrated

Adakah AI masih mesra dan helpful?


Share Playground untuk Team Testing


Anda boleh jemput orang lain test tanpa kena bagi access akaun anda:


  1. Klik butang Share dalam AI Playground.
  2. Copy invite link.
  3. Send ke team member atau kawan.
  4. Mereka boleh test melalui browser tanpa perlukan akaun ReplyLa.


Refine dan Ulang


Lepas setiap test, balik dan update AI Behaviour atau Training Data anda kalau ada sesuatu yang tak kena. Tak ada had -- terus test sampai chatbot reply dengan cara yang anda puas hati.


Jauh lebih senang nak fix masalah kat Playground ni berbanding dengan customer sebenar. Ambil masa anda dan test dengan teliti.


Conversation dalam Playground guna token sama macam conversation biasa, tapi ia tak muncul dalam Inbox dan tak dihantar ke WhatsApp.


Dah Puas Hati? Teruskan.


Bila anda dah berpuas hati dengan cara chatbot anda reply, dah tiba masa untuk go live!

Updated on: 21/04/2026

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!