AI Memory

Apa Benda AI Memory Ni?
AI Memory ni macam anda bagi buku nota khas kat chatbot. Lepas habis borak dengan customer, AI akan catat benda-benda penting -- nama diorang, apa yang diorang order, apa preference diorang. Bila customer tu chat lagi nanti, AI terus ingat dan boleh balas dengan lebih personal.
Contohnya:
- Customer chat: "Saya order tudung hitam minggu lepas"
- Dengan AI Memory: "Ya betul! Saya nampak anda ada order Tudung Bawal Premium warna Hitam sebelum ni. Ada apa yang saya boleh bantu hari ni?"
- Tanpa AI Memory: "Maaf, saya tak ada rekod tentang pesanan sebelum ini."
Cara Nak Setup Memory
- Pergi ke Chatbot > klik nama chatbot anda > masuk ke AI Memory.
- Anda akan nampak senarai memory fields (medan memori).
- Untuk tambah memory field baru, klik butang Add Item:
- Title -- Kategori info yang nak AI ingat (contoh: "Nama Customer", "Past Orders", "Preference Saiz").
- Description -- Clue untuk AI tahu apa yang dia patut cari dalam chat.
- Klik Save bila dah siap.
Contoh Memory Fields Yang Berguna
Untuk bisnes online / e-commerce:
- Nama Customer, Past Orders, Saiz Pilihan, Alamat Delivery, Cara Bayaran yang selalu guna
Untuk restoran / F&B:
- Nama Customer, Order Kegemaran, Alergi/Pantang Makan, Kawasan Delivery
Untuk servis & perkhidmatan:
- Nama Customer, Rekod Servis Lepas, Appointment akan datang, Special Request
Soalan Lazim
AI Memory ni guna extra token ke?
Ya, ia guna sikit token tambahan untuk simpan dan baca balik memori tu, tapi ia sangat berbaloi sebab perbualan jadi lebih smooth dan natural.
Boleh ke memori ni function dari satu perbualan ke perbualan lain?
Ya! Memang itu tujuan utama dia. AI akan sentiasa rujuk memori yang dia dah catat sebelum ni bila customer yang sama chat balik.
Macam mana kalau AI ingat benda yang salah?
Anda boleh je clear memory data tu dan AI akan start balik dari zero untuk customer tu.
Updated on: 21/04/2026
Thank you!
