Articles on: Chatbot

Chatbot AI

Chatbot AI


Apa Itu Chatbot AI?


Anggap page ni macam sesi training untuk AI anda. Ada dua bahagian penting:


  • Training Data -- Fakta yang AI kena tahu (contoh: harga, waktu operasi, polisi). AI akan baca SEMUA info ni sebelum dia reply chat.
  • AI Behaviour -- Personaliti dan gaya bahasa AI anda (friendly? formal? reply dalam BM?). Ini ajar AI MACAM MANA nak reply.


Sebelum Start



Cara Nak Setup Training Data


Training Data ni macam cheat sheet yang AI akan belek setiap kali sebelum nak balas mesej. Pastikan letak info yang penting dan ringkas je kat sini.


  1. Pergi ke Chatbot > klik nama chatbot anda > masuk ke Chatbot AI.
  2. Pastikan tab Training Data dah dipilih.
  3. Taip info bisnes anda dalam editor. Guna label yang clear supaya AI senang faham.
  4. Klik Save.


Contoh yang bagus:


Business Name: Nasi Lemak Mak Cik
Hours: Isnin-Sabtu 7am-3pm, Ahad tutup
Location: No. 15, Jalan Masjid, Petaling Jaya
Phone: 011-2345-6789
Menu: Nasi Lemak Biasa RM5, Nasi Lemak Special RM8, Nasi Lemak Ayam RM10
Delivery: Ada kat GrabFood & FoodPanda. Takde self-delivery.
Payment: Cash, TnG, DuitNow


Anda juga boleh link dokumen AI Knowledge anda secara terus dalam editor Training Data menggunakan butang Knowledge Base kat toolbar.


Cara Nak Set AI Behaviour


AI Behaviour (System Prompt) ajar AI tu siapa diri dia dan macam mana nak interact dengan customer.


  1. Klik tab AI Behaviour.
  2. Tulis arahan dalam bahasa yang simple dan jelas.
  3. Klik Save.


Contoh yang bagus:


You are a friendly customer service assistant untuk Nasi Lemak Mak Cik.
Reply dalam Bahasa Malaysia by default. Kalau customer type in English, reply in English.
Be warm and friendly. Boleh guna emoji sekali-sekala.
Sentiasa mention waktu operasi kita bila orang tanya pasal order.
Kalau tak pasti jawapan, just say "Sila hubungi kami di 011-2345-6789 untuk maklumat lanjut."
Never make up information (jangan reka cerita) kalau info tu takde dalam training data.


Training Data vs AI Knowledge


Tip jimat token

|

Letak info penting yang pendek je dalam Training Data. Untuk info panjang, pindahkan ke bahagian AI Knowledge.


Training Data (page ni)

AI Knowledge (page asing)

Cara berfungsi

AI baca SEMUA info sebelum setiap reply

AI cuma search dan baca part yang berkaitan je

Sesuai untuk

Info wajib tahu yang ringkas (waktu operasi, contact, polisi)

Content yang panjang (full katalog produk, FAQ detail)

Kos

Guna lebih banyak token sebab AI kena baca semua

Guna token lebih sikit sebab AI cuma baca info yang related

Limit

Kena sentiasa pendek (bawah 1 page)

Boleh panjang-panjang (boleh upload banyak file)


Soalan Lazim


Boleh ke tulis dalam Bahasa Melayu campur English?


Boleh sangat! Tulis je dalam apa-apa bahasa (atau Bahasa Rojak) yang customer anda biasa guna. AI faham je.


Berapa panjang Training Data patut ditulis?


Sependek yang boleh. Beberapa paragraph fakta utama dah cukup. Kalau ada katalog produk yang panjang berjela, letak kat AI Knowledge.


Apa jadi kalau saya biarkan Training Data kosong?


AI chatbot anda tetap akan berfungsi, tapi dia tak tahu apa-apa yang spesifik pasal bisnes anda. Jadi jawapan dia akan sangat general.

Updated on: 21/04/2026

Was this article helpful?

Share your feedback

Cancel

Thank you!